Sunday, June 15, 2008

ITM tahun 1978

Saya sedang menuntut di dalam Tingkatan 6 bawah ketika saya menerima surat tawaran memasukki Institut Teknologi MARA, pada bulan Jun 1978.
Sementara menunggu surat panggilan ITM, saya sering berasa cemas. ITM merupakan satu-satunya institusi yang saya pohon manakala pengajian di tingkatan Enam saya rasakan agak sukar khususnya mata pelajaran Fizik dan Matematik.
2 minggu sebelum pendaftaran pelajar baru, saya telah dipanggil untuk menghadiri satu kursus Kepimpinan yang dianjurkan oleh ITM dan Kementerian Kebudayaan Belia dan sukan (KKBS) ketika itu. Kursus tersebut di adakan selama 10 hari di RECSAM berhampiran Universiti Sains Malaysia di Gelugor, Pulau Pinang.
Saya merupakan 200 pelajar baru ITM yang bakal mendaftar untuk sessi Julai 1978 , yang terpilih untuk mengikuti program ini. Pemilihan dikatakan berdasarkan kepada penglibatan aktif didalam persatuan dan kegiatan sukan semasa disekolah.
Oleh kerana saya jarang berpisah lama dengan ayah serta emak, merekalah yang telah menghantar saya ke Shah Alam menaiki kereta kami Vauxhall Viva.
Saya telah ditempatkan disebuah rumah di Jalan Kekwa, Seksyen 2 Shah Alam sementara menunggu hari untuk berlepas ke Gelugor keesokan harinya.
Pada hari tersebut bermulalah kehidupan saya sebagai siswa institusi pengajian tinggi.
Tiada yang lebih diharapkan oleh emak dan ayah ketika itu melainkan segulung Diploma di akhir pengajian 3 tahun saya.

Saturday, June 14, 2008

ISGITM

Laman blog ini baru dibangunkan...